Saturday, January 12, 2013

Mengimbau kenangan..antara beberapa orang guru yang pernah mengajar di SKTS..




Allahyarham Ustaz Ismail Bin Ghafar

antara guru yang lain ialah Pn. Masnim Hujud, Pn. Salimah Kansulat, En. Jamil Daut dan yang lain-lain. Semoga kalian beroleh kejayaan walau di mana.

Monday, December 3, 2012

aktiviti sepanjang tahun 2012

Program Tahun Enam


Program Anak Angkat






Bengkel Teknik Menjawab Soalan



Pn Julina Gampalid sedang menyampaikan ceramah


Hari Pertama UPSR


aktiviti selepas UPSR















Gotong-royong membersihkan kawasan kelas agama (3/10/2012)











Saturday, August 21, 2010





PROJEK JUARA RAKYAT...

GELANGGANG SERBAGUNA SKTS..


Terima Kasih kepada UMNO Kota Marudu kerana sudi menyumbangkan peruntukan bagi membina gelanggang serbaguna SKTS bagi menampung keperluan aktiviti kokum di sekolah ini....

Projek ini yang masih dalam pembinaan, disiapkan dengan kerjasama daripada semua ibubapa murid sekolah ini secara berperingkat dan mengikut jadual melibatkan Kg. Salimandut, Kg. Nolotan, Kg. Morion, kg. Minitampak, Kg. Tingkalanon dan guru2 SKTS...

Harapan, gelanggang ini akan siap dengan cepat atas usahasama semua pihak..





BEKALAN STOK SPBT 2011...


Harap dengan sampainya bekalan ini , semua murid SKTS akan mendapat buku SPBT yang mencukupi...


teruskan usaha cikgu Lizah...kira..jangan tak kira....



Ihya Ramadahan..






Assalamualaikum dan salam sejahtera..


Terima kasih kepada GB En. Diris Gomong kerana memberi ruang kepada kami guru2 Muslim mengadakan Ihya Ramadhan sempena menyambut bulan Ramadhan di masjid Kg. Salimandut bersama2 dengan murid2 beragama Islam dan murid2 saudara baru di sekolah ini.

Program ini adalah anjuran Panitia Pendidikan Islam sekolah ini yang diketuai oleh Ustazah Suji Rahini bersama dengan guru2 agama yang lain. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi kefahaman yang lebih jelas kepada murid2 Islam sekolah ini tentang kewajipan menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan.

Antara pengisian program ini ialah ceramah dan latih tubi bacaan niat puasa ramadhan. Ceramah telah disampaikan oleh Ustaz Ahmad Zaidi Omar dan juga Ustaz Mohd. Firdaus Mohammad. Murid2 pula diberikan latihan latih tubi membaca niat puasa berpandukan keratan kertas yang telah disediakan oleh pihak panitia.

Terima kasih kepada guru2 lain yang sudi hadir terutamanya kepada Penolong Kanan KoKurikulum Pn. Justina Angap di atas kesudian hadir ke majlis ini. Beliau juga telah menyampaikan ucapan dan nasihat kepada murid2. Juga tidak lupa kepada En. Singkun Godoong, Pn. Maria Fidelis Hoi Tau, Pn. Rosdiah Saini. En. Yunus Ismail yang sudi hadir serta pengawal sekolah Pn. Jersey Masador di atas kerjasama mereka menjayakan program ini.

Kepada warga SKTS yang beragama Islam...

SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA
&
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI




DEMI MASA!!!

Cuteki cute

VISI

Warga pendidik sekolah ini telah bersepakat bagi mencapai apa jua yang terkandung dalam visi pendidikan seperti berikut:-

* Berketerampilan
* Berdayausaha
* Gigih dan Cekal
* Kritis dan Kreatif
* Berazam Tinggi
* Berperibadi dan Berakhlak Mulia
* Berilmu dan Beriman serta berkemahiran untuk merealisasikan Wawasan Pendidikan.

Tafsiran Logo Sekolah

Motto/Slogan : "SEKOLAH PENYAYANG" Tafsiran Logo *Bentuk Wau - Melambangkan Kemajuan dan Cita-cita pelajar melambung tinggi. *Topi Graduan & Sijil - Melambangkan cita-cita pelajar. *Obor - Mencerminkan semangat cita-cita pelajar. *Buku & Geometrik - Menunjukkan asas pendidikan. *Padi - Sumber ekonomi masyarakat sekitar. *Gunung - Keindahan dan Keteguhan. *Bulan & Bintang - Melambangkan Agama Rasmi Malaysia. Tafsiran Warna *Biru - Perpaduan antara Guru, Murid dan Ibubapa. *Merah - Keberanian menghadapi cabaran dalam liku-liku kehidupan. *Putih - Keikhlasan Jiwa Pelajar. *Hijau - Perkembangan Rohani dan Jasmani Pelajar. *Kuning - Keagungan dan Kejujuran.

Popular Posts